FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBINAAN RUMAH
1. Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai rekabentuk seperti tanduk
kerbau. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di
Negeri Sembilan.
2. Rekabentuk rumah di Cameron Highlands, Pahang sama seperti rekabentuk
rumah di England. Menurut sejarah, orang British membina rumah tersebut
semasa menjajah negara kita.
3. Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuknya sama
dengan rumah di Belanda. Ini kerana Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.
4. Bentuk muka bumi turut mempengaruhi jenis rumah yang dibina.
5. Tanah pamah sesuai bagi pembinaan rumah banglo dan kondominium.
6. Rumah bertiang tinggi seperti rumah air sesuai dibina di pinggir laut
7. Rumah orang Mesir mempunyai bumbung yang rata kerana ia bersesuaian dengan
suasana gurun berpasir yang kurang hujan dan sering dilanda anginn kencang.
8. Orang Eskimo yang tinggal di kawasan Kutub utara membina rumah menggunakan
bongkah ais yang dipanggil rumah Iglu.
9. Rumah tradisional biasanya mempunyai tiang yang tinggi bagi tujuan mengelakkan
banjir dan ancaman binatang.
10. Bumbung rumah berbentuk "V" terbalik memudahkan air hujan mengalir ke
bawah dan mengurangkan rasa panas di rumah.
No comments:
Post a Comment