Wednesday 15 May 2013

Pelbagai Bentuk Muka Bumi




A. TANAH TINGGI
  • Terbentuk daripada gunung lipat tua.
  • Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
  • Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
  • Terletak di :
    • Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
    • Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
  • Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
  • Tanah tinggi utama di Malaysia ialah :
    • Banjaran Bintang
      • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
      • Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
    • Banjaran Titiwangsa
      • Banjaran yang terpanjang di Semenanjung
        Malaysia
      • Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Korbu (2182 m)
      • Penting sebai tapak bina stesen hidroelektrik
      • Mempunyai pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
    • Banjaran Tahan
      •  Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
      •  Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m)
    • Banjaran Crocer
      • Banjaran tertinggi di Sabah
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu






Bukit Larut, Perak


Genting Highland, Pahang

B. TANAH PAMAH
  • Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang
  •  Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
  • Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
  • Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
  • Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
  • Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
  • Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
  • Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
  • Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
  • Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
  • Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang 



Dataran Kedah, Kedah



Sungai Kinabatangan, Sabah

C. PINGGIR LAUT
  • Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
  • Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
  • Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
  • Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
  • Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
  • Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentukbatu tunggul dan seterusnya batu sisa.
  • Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.


Pantai Teluk Cempedak, Pahang


Pantai Morib, Selangor







1 comment: