Friday 17 May 2013

Ciri-Ciri Iklim Malaysia



  1. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Kawasan di dunia yang terletak antara 5hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
  3. Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
  4. Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana :
·         Malaysia dikelilingi oleh laut.
·         Hujan lebat turun sepanjang tahun.
·         Banyak awan.
·         Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
  1. Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
  2. Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
  3. Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
  4. Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
  5. Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
  6. Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
  7. Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.

Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar


1. Hutan Hujan Tropika

i. Tumbuh-tumbuhan
- Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit-bukau dan lereng  gunung
- Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian berbeza.
- Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
- Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
- Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.



Rotan


Keruing


Meranti


Cengal




ii. Hidupan liar
- Dibahagian bawah pokok terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
- Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.






Beruang


Kera

2. Hutan Paya  Air Tawar

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di kawasan pendalaman bersaliran tidak baik dan bertakung air.
- Jenis pokok yang tumbuh seperti mengkuang, nipah, gelam dan palma.




Nipah

Mengkuang


Gelam

ii. Hidupan liar
- Di hutan nipah terdapat hidupan seperti ular, biawak dan buaya.


Buaya

3. Hutan Paya Air Masin

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir sungai yang berlumpur.
- Pokok jenis akar jangkang seperti pokok bakau.
- Pokok lain seperti gelam, ramin, nibung, nipah dan paku pakis.


Bakau

ii. Hidupan liar
- Di hutan pokok bakau terdapat burung bangau, kera, memerang, biawak dan ular.

Burung bangau



4. Hutan Pantai

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
- Jenis pokok tahan tiupan angin dari laut.
- Jenis pokok seperti pokok ru, mengkuang laut dan pokok kelapa.

Pokok Kelapa


ii. Hidupan liar
- Di pantai yang berlumpur ada ular.
- Di hutan pokok ru terdapat burung dan monyet.
5. Hutan Gunung

i Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-jarang.
- Pokok seperti laurel, paku pakis, orkid dan periuk kera.

Paku Pakis



ii. Hidupan liar
   - Binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, burung rajawali dan siamang.



Burung Rajawali

Wednesday 15 May 2013

Pelbagai Bentuk Muka Bumi




A. TANAH TINGGI
  • Terbentuk daripada gunung lipat tua.
  • Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
  • Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
  • Terletak di :
    • Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
    • Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
  • Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
  • Tanah tinggi utama di Malaysia ialah :
    • Banjaran Bintang
      • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
      • Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
    • Banjaran Titiwangsa
      • Banjaran yang terpanjang di Semenanjung
        Malaysia
      • Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Korbu (2182 m)
      • Penting sebai tapak bina stesen hidroelektrik
      • Mempunyai pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
    • Banjaran Tahan
      •  Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
      •  Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m)
    • Banjaran Crocer
      • Banjaran tertinggi di Sabah
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu






Bukit Larut, Perak


Genting Highland, Pahang

B. TANAH PAMAH
  • Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang
  •  Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
  • Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
  • Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
  • Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
  • Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
  • Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
  • Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
  • Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
  • Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
  • Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang 



Dataran Kedah, Kedah



Sungai Kinabatangan, Sabah

C. PINGGIR LAUT
  • Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
  • Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
  • Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
  • Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
  • Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
  • Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentukbatu tunggul dan seterusnya batu sisa.
  • Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.


Pantai Teluk Cempedak, Pahang


Pantai Morib, Selangor







Saturday 11 May 2013

Kajian Tempatan Tahun 4


Rumah Sebagai Keperluan Asas

Teka - Teki
Aku tempat kau berlindung
Hujan dan panas kulindungi
Aku ialah Keselesaanmu
Yang memberimu kebahagiaan
Aku ialah pelindungan mu
Siapakah aku?
Walau apa pun bentuk rupaku
Aku ialah syurgamu


Jawapannya 

Rumah

Jenis-jenis rumah 


1. Rumah ini dibina di kawasan luar  bandar atau kampung.
2. Contoh rumah tradisional adalah seperti:-

(a)   Rumah Minangkabau
  • Terdapat banyak di Negeri Sembilan dengan rekaan bentuk bumbung 
  • seperti tanduk.
(b)   Rumah bagan
  • Dibina di tepi sungai
(c)   Rumah rakit
  • Merupakan rumah terapung yang dapat bergerak mengikut paras air 
  • dan dibina di sungai dan di laut.
(d)   Rumah Tradisional Melayu
  • Rumah kampung yang berseni dengan berseni dengan ukiran di pintu 
  • dan tingkap yang bertiang tinggi.
(e)   Rumah panjang
  • Dihuni oleh kebanyakan kaum Iban di Sarawak dan didiami oleh 
  • beberapa keluarga bersama-sama.

3. Kebanyakkan rumah tradisional dibina menggunakan kayu, papan, buluh, 
    serta daun nipah.

4. Pembinaan rumah ini biasanya didirikan secara bergotong-royong atau mengupah tukang kayu yang mahir dan tidak memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa.



Rumah Traditional Melayu


Rumah Panjang


Rumah Traditional Negeri Sembilan


Rumah Traditional Melayu Riau



Rumah Minangkabau












1. Rumah dibina di kawasan bandar yang berpenduduk padat.

2. Contoh rumah moden ialah rumah teres, rumah berbandung, rumah kedai, rumah banglo, rumah pangsa, kondominium, dan sebagainya.

3. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam pembinaannya ialah batu, simen, dan pasir.

4. Sebelum projek dapat dilaksanakan, kontraktor perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan setelah memenuhi beberapa peraturan dan keselamatan.

5. Pihak lain yang terlibat adalah seperti arkitek, tukang paip, juru elektrik, dan buruh binaan.




Rumah Teres Dua Tingkat




Kondominium




Banglo


Friday 10 May 2013

Kepentingan Rumah

Memberikan Perlindungan

Rumah melindungi keluarga kita daripada hujan dan panas. Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta benda keluarga. Selain itu, rumah melindungi kita daripada ancaman berbahaya.



Menyediakan keselesaan

Terdapat pelbagai ruang dalam rumah. Ruang tamu berfungsi menyediakan tempat untuk kita beristirahat dan berinteraksi sesama anggota keluarga.




Mewujudkan kemesraan keluarga


Di rumah, kita dapat makan dan berbincang bersama-sama anggota keluarga. Anggota keluarga juga dapat merayakan hari perayaan, mengadakan majlis hari jadi dan kenduri.














Thursday 9 May 2013

Faktor-faktor pembinaan rumah

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBINAAN RUMAH

1.  Rumah Minangkabau di Negeri Sembilan mempunyai rekabentuk seperti tanduk
     kerbau. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di 
     Negeri Sembilan. 





2.  Rekabentuk rumah di Cameron Highlands, Pahang sama seperti rekabentuk 
     rumah di England. Menurut sejarah, orang British membina rumah tersebut 
     semasa menjajah negara kita. 




3.  Reka bentuk rumah Jawa di Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuknya sama
     dengan rumah di Belanda. Ini kerana Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.



4.  Bentuk muka bumi turut mempengaruhi jenis rumah yang dibina.
5.  Tanah pamah sesuai bagi pembinaan rumah banglo dan kondominium.
6.  Rumah bertiang tinggi seperti rumah air sesuai dibina di pinggir laut




7.  Rumah orang Mesir mempunyai bumbung yang rata kerana ia bersesuaian dengan 
     suasana gurun berpasir yang kurang hujan dan sering dilanda anginn kencang.



8.  Orang Eskimo yang tinggal di kawasan Kutub utara membina rumah menggunakan
     bongkah ais yang dipanggil rumah Iglu.



9.  Rumah tradisional biasanya mempunyai tiang yang tinggi bagi tujuan mengelakkan
     banjir dan ancaman binatang.




10. Bumbung rumah berbentuk "V" terbalik memudahkan air hujan mengalir ke 
     bawah dan mengurangkan rasa panas di rumah. 






Tuesday 7 May 2013

Pembinaan Rumah


Perbandingan antara rumah tradisional dengan rumah moden boleh dilihat daripada aspek pelan dan ruang, struktur binaan dan bahan binaan.


Pelan Ruang Rumah
Pelan ruang rumah ialah rajah yang menggambarkan bentuk dan kedudukan ruang sesebuah rumah.




Struktur dan Bahan Binaan

Struktur rumah ialah susunan atau rangka sesebuah rumah. Bahan binaan pula ialah bahan yang digunakan untuk membina rumah. Gambar di bawah ialah struktur dan bahan binaan rumah tradisional dengan rumah moden.



Rumah Traditional


Rumah Moden