Rumah Sebagai Keperluan Asas
Teka - Teki
Aku tempat kau berlindung
Hujan dan panas kulindungi
Aku ialah Keselesaanmu
Yang memberimu kebahagiaan
Aku ialah pelindungan mu
Siapakah aku?
Walau apa pun bentuk rupaku
Aku ialah syurgamu
Jawapannya
Rumah
Jenis-jenis rumah
1. Rumah ini dibina di kawasan luar bandar atau kampung.
2. Contoh rumah tradisional adalah seperti:-
(a) Rumah Minangkabau
- Terdapat banyak di Negeri Sembilan dengan rekaan bentuk bumbung
- seperti tanduk.
(b) Rumah bagan
- Dibina di tepi sungai
(c) Rumah rakit
- Merupakan rumah terapung yang dapat bergerak mengikut paras air
- dan dibina di sungai dan di laut.
(d) Rumah Tradisional Melayu
- Rumah kampung yang berseni dengan berseni dengan ukiran di pintu
- dan tingkap yang bertiang tinggi.
(e) Rumah panjang
- Dihuni oleh kebanyakan kaum Iban di Sarawak dan didiami oleh
- beberapa keluarga bersama-sama.
3. Kebanyakkan rumah tradisional dibina menggunakan kayu, papan, buluh,
serta daun nipah.
4. Pembinaan rumah ini biasanya didirikan secara bergotong-royong atau mengupah tukang kayu yang mahir dan tidak memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa.
Rumah Traditional Melayu
Rumah Panjang
Rumah Traditional Negeri Sembilan
Rumah Traditional Melayu Riau
Rumah Minangkabau
1. Rumah dibina di kawasan bandar yang berpenduduk padat.
2. Contoh rumah moden ialah rumah teres, rumah berbandung, rumah kedai, rumah banglo, rumah pangsa, kondominium, dan sebagainya.
3. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam pembinaannya ialah batu, simen, dan pasir.
4. Sebelum projek dapat dilaksanakan, kontraktor perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan setelah memenuhi beberapa peraturan dan keselamatan.
5. Pihak lain yang terlibat adalah seperti arkitek, tukang paip, juru elektrik, dan buruh binaan.
No comments:
Post a Comment