- Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
- Kawasan di dunia yang terletak antara 5o hingga 10o Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
- Min suhu tahunannya adalah di antara 26o hingga 27oC.
- Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2oC kerana :
· Malaysia dikelilingi oleh laut.
· Hujan lebat turun sepanjang tahun.
· Banyak awan.
· Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80oC.
- Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12oC.
- Suhu waktu siang mungkin naik ke 33oC.
- Suhu waktu malam mungkin turun ke 21oC.
- Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun.
- Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
- Hujan paling lebat turun dalam bulan April dan Oktober semasa peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan.
- Angin Monsun Barat Daya (Mei hingga September) dan Angin Monsun Timur Laut (November hingga Mac) membawa hujan bukit.